KALAU SUAMIKalau suami mula berahsia.. Itu tandanya dia tak setia
Kalau suami meninggi suara Itu tandanya dia dah ada mak we
Kalau suami mengaku bujang tua Itu tandanya dia nak ngurat anak dara
Kalau suami selera tak ada Itu tandanya dia nak pasang dua
Kalau suami lambat balik aje Itu tandanya dia dah syok kat deparment dia
Kalau suami tidur di ruang tamu Itu tandanya dia dah jemu
Kalau suami malam jumaat buat tak tahu Itu tandanya tak lama lagi hidupmu bermadu
Kalau suami garang macam singa Itu tandanya hati dia dah tak cinta
Kalau suami asyik komplen aje Itu tandanya dia dah tak suka
Kalau suami mula sepak terajang ke muka Itu tandanya dia nak memberimu title JANDA..
JIKA SUAMIJika suami sayangkan isteri Dapat gaji semua diberi
Jika suami sayangkan isteri Kerja rumah rela dikongsi
Jika suami sayangkan isteri Kereta diberi suami naik LRT Jika suami sayangkan isteri Duit poket diberi setiap hari
Jika suami sayangkan isteri SMS dikirim tanda rindu dihati Jika suami sayangkan isteri Kongsi masalah nasihat dikasi
Jika suami sayangkan isteri Diberi ciuman setiap pagi
Jika suami sayangkan isteri I love U, I miss U katanya setiap hari
Jika suami sayangkan isteri Isteri gemuk, dikatakan seksi
Jika suami sayangkan isteri Sakit sikit selongkar laci ubat dicari
Jika suami sayangkan isteri Kemana sahaja dibawa pergi
Jika suami sayangkan isteri Sentiasa jujur perihal diri
Jika suami sayangkan isteri Status berkahwin bangga sekali
Jika suami sayangkan isteri Cintanya suci hingga ke mati
PESANAN KEPADA ISTERI2 : Adakah suami2 kita tergolong dlm kategori JIKA SUAMI atau KALAU SUAMI ? JIKA SUAMI ... lebih banyak dari KALAU SUAMI maka bersyukurlah kerana rumahtangga anda umpama SYURGA.
TETAPI .... KALAU SUAMI.... lebih banyak dari JIKA SUAMI.... maka berhati-hatilah. .. wahai kaum isteri jangan sampai rumahtangga mu umpama NERAKA.
PERINGATAN KEPADA SUAMI2 : Bukankah lebih baik jadikan rumahtangga itu SYURGA dari menjadikan ia NERAKA????? JANGAN ANDA MERASA MENYESAL KERANA MENCINTAI ISTERI.. KERANA DIALAH BIDADARIMU DI DUNIA INI.. DAN JANGANLAH ANDA SERONOK MENZALIMINYA KERANA DOA ORANG TERANIYA DITERIMA ALLAH YANG ESA...