Friday, January 3, 2014
~2014~ I Still Alive
Asslamualaikum... alhamdulillah... aku masih di sini..
Insya Allah akan terus menulis sekiranya ada kesempatan masa.. amin..
Saturday, January 30, 2010
:: kehidupan aku yang membosankan....::
Susah aku nak updated blog aku yang dah semak samun nie....
Yang bleh aku cakap... dok Langkawi dah buat aku mula rasa bosan... bosan... bosan...
Malas... malas.... malas....
Tengok arr.. kalau mood aku baik... aku updated byk222 cerita skali gussss....
Thursday, December 31, 2009
:: My Last Word to Say... ::

I wish to say thank you to myboss for your support over the past 2 years. It was rewarding to achieve some of the targets with you, and to have known some of you personally.
I would like to sincerely thank each of you all guys for every experience shared, friendship made, opportunity offered and good times had during this time. I have thoroughly enjoyed every aspect of being part of this group and I wish you all the very best in the future.
Monday, December 28, 2009
:: Counting day untuk hidup bersama ::
Aku akan jadi penduduk Langkawi... hehehehehe...
Yahoooo dapat hidup bersama balik ngan myMan....
Tuesday, December 22, 2009
:: Aku "selfish" ke ??? ::
Tadi after lunch, I got long discussion with my boss... about my resignation...
Aku dah lalui perkara nie... 3-4 kali... sepanjang pengalaman bekerja aku... asal bagi surat resign je... Dan-dan tu aku jadi org yg paling penting dalam company.. kalau aku tak de, nobody can do my job, very difficult to find another replacement, a lot thing aku je yg tahu...blablablalll.... reasonable ke???
Jadi bengong aku fikir... nape la nasib aku mcm nie... time nak resign je... mcm22 dugaan... boss aku.... mcm biasa la kalau bleh tak nak aku berhenti... keje sini smp mati... nak smbung contract keje aku... aku bleh bercuti jumpa myMan aku every week... keje 4 hari je bebbb... kalau aku nak intvw mana222... dia bleh bagi kelongaran aku pg intvw... huhhhh tak de maknanyer...
Kalau aku dpt keje!!! dah pujuk suruh extand la... make are right choise la... fikir future lah... what ever lahhh....
Tensionnnnnnnnn....................................................................23x
Asyik suruh aku fikir222... fikir222...
Aku mmg selfish.... aku tetap nak berhenti keje juga... tapi aku bukan staff yg tak kenang budi... aku takkan tinggal sisa-sisa keje aku kat org lain... aku settle kan semua dulu...
Aku tahu, banyak keistimewaan aku dapat keje kat company nie... gaji aku dapat banyak.. keje senang.. cuti banyak + senang... boss baik... staff semua ok... kemudahan semua ada...
Aku kena jadi selfish sebab myMan... aku tak sanggup dok jauh ngan dia... sian dia... sian juga kat aku.. sebab tu aku cr peluang keje yg dekat ngan dia...
Masa bercinta kami dah buat PJJ (percintaan jarak jauh)... lepas kawin tak kan nak buat PJJ lg (perkahwinan jarang jumpa)... siksa tau tak... aku faham dan simpati juga pada kawan222 yg buat PJJ after kawin... nak buat mcm mn dah nasib...
Tapi kalau korang dah dpt peluang keje dan stay together ngan husband korang... Adakah korang lepaskan peluang tuuuuu?????
Pasti korang pun jadi mcm aku kan... selfish untuk kebahagian diri sendiri....
Note : Kalau aku tolak tawaran keje nie... ada ka peluang lain lagi... kadang-kadang rezeki tu datang skali je... kalau kita tolak... tak tahu bila plak nak dpt rezeki lg....
:: Resign Letter ::
Bila nak resign biasa la....Tension pun melanda...
- Banyak sangat keje nak settle...
- Kena cover Year End Closing....
- Kena settle kan semua filling document aku...
- Kena make sure aku handle the out standing work clearly....
- Kena kemas-mengemas....
Ayoooo....yoooo... pening la....
:: Tahun Baru... Keje Baru ::
Kalu nk cr keje kat Langkawi sebagai kerani cabuk mcm aku... tak leh la nak demand gaji tinggi22... tengok tempat la bebbb... 2-3 interview aku pegi semua tak sanggup nak bayar mcm gaji aku sekarang... so bila dah bincang ngan myMan... kami pun decide... wpln dpt gaji cikitt... ok lah dr tak de langsung... so aku accept je offer yg 1 of the company nie bagi kat aku as a account clerk.... pelan-pelan la... nnt aku cr keje lain... dapat offer tinggi aku cabut la...lalalalalaaaa....
Aku pening juga fikir pasal pendapatan aku yg kian merosot nie... kwangkwang... aku kena buat balik budjet aku tiap222 bulan... sebab tolak, tambah, bahagi, darab pun mmg tak cukup nak cover ngan gaji baru nanti... maybe aku kena cr keje 4time...
Anyway.. thanks to kawan-kawan yg bagi semangat... hehehhe... sesobap rasa je depa kata... gaji sikit pun tak pe... cukup je nak makan berdua... aku tau la... kawan-kawan aku tu nak sedapkan hati aku je..... depa tak tau, hutang aku banyak mana!!! tapi tak pe la... sekurang-kurang gaji sikit nie tak bagi tekanan mental kat aku...
Tahun baru nanti aku akan berpindah ke Langakawi... 01.01.2010.... nak naik ferry kul 1.00pm laaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.....hehehehehe...
Wednesday, December 16, 2009
:: 2 minggu tak jumpa dia...bebb..::
Tuesday, December 15, 2009
:: Musim Kawin ::
sepanjang-panjang nieee.....
Kenduri kat kampung myMan... aku balik kejap je... sbb myMan dah nak bertolak ke Langkawi lepas tu... nie cerita 2 minggu lepas... hehehehe
Kenduri kawin mgg lepas... jiran mak aku... seharian kami kat sana so byk la gambar aku kat sini...kwangkwangkwang.....
Aksi gedik aku....
Terasa mcm anak dara je... sebab pegi kenduri tanpa suami... hehehehhee...

Friday, December 11, 2009
:: Apa dah Jadi!!! Impian + usaha + doa & harapan ::
Impian aku tetap sama... tahun 2010... impian aku utk dapat anak... sm je mcm tahun 2009.. doa & harapan... takkan aku berhenti berdoa dan mengaharap dr yg Maha Esa... semoga dikurniakan rezeki anak kepada kami...
Usaha aku... terpaksa dia tangguhkan... buat sementara waktu... sebab skrang keadaan aku ngan myMan still lg... tak stabil...
Hari tu dah hampir nak buat ujian Sperm count utk myMan... tapi tak telaksana... sebab teramat sibuk... terkejar kesana-sini... uruskan ttg keje baru myMan... skrang masa agak tak berapa sibuk... tapi myMan kat Langkawi... dan aku plak kat Penang...
Aku plak... kena buat blood test pun... tak pegi lg... cos sekarang budjet low sbb biasa la... kalau berubah tempat keje dan tempat tinggal nie... byk main duit je... kalau tak de duit... alamatnyer... tido masjid je la...
Oleh itu... USAHA aku terbantut seketika... dan aku akan cuba teruskan usaha aku... semampu yg boleh... Insyaallahh....
Wednesday, December 9, 2009
:: Masalah Rumah Tangga ::
Tapi aku rs nak tulis entry nie sebab nak tahu pendapat readers blog aku...
Dalam hidup aku... aku jugak byk kali tengok masalah dlm rmh tangga org22 yg terdekat ngan aku... suatu masa dulu... sebelum aku kawin ngan myMan dan lepas kawin pun it still continue...
Aku jadi kan pengajaran... aku tak nak rumah tangga aku jd mcm tu... tapi kalau dah TUHAN tetap kan mcm tu... aku kena redha dan berusaha...
Masalah rumah tangga kian HAMBAR...... banyak maksud yg tersirat... suka hati korang la nak faham mcm mn.....
HAMBAR.......
Memang la dlm rumah tangga.. tak semuanyer indah... tak de nye enjoy sepanjang masa... kadang222 gaduh... merajuk... benci.. nyampahhhhh giler....
Pagi tadi dengar SINAR FM... kisah sebelum dan selepas kawin... bagus betul topik tu...
Sebelum dan selepas kawin... perangai suami/isteri yg berbeza... dulu carring,loving,romentik, mmg ciri lelaki/wanita idaman la.... lepas setahun kawin semuanyer HAMBAR...
Kawan-kawan... mari kita sama-sama amalkan... amalan untuk rumah tangga kita kekal bahagia...
1- Sering melakukan kegiatan bersama-sama seperti makan bersama, keluar berjalan berdua-duaan, beriadah dan mandi bersama.
2- Galakkan isteri tidur di atas lengan suami. Isteri yang penyayang akan berada di belakang bahu sebelah kanan suami ketika berjalan.
3- Jaga agar mulut dan badan tidak berbau agar suami sentiasa mahu berseronok dengan isteri.
4- Isteri yang hangat dan romantis sentiasa mengharapkan suaminya berada dirumah bersama-samanya.
5- Tukar gaya penampilan setelah beberapa ketika untuk mengelakkan jemu kepada pasangan.
6- Kreatif mencipta suasana yang harmoni dan tenang dalam rumah tangga.
7- Sekiranya ada pergaduhan atau pertengkaran, cuba ingat kembali kenangan manis semasa bercinta dan berbulan madu.
8-Kenangkan jasa dan susah payah isteri mengandung dan melahirkan anak.
9- Sekiranya berlaku penceraian (bagi pasangan Islam untuk talak satu dan dua saja) jangan mudah menghalau isteri keluar dari rumah sebelum habis edah kerana mungkin suami isteri berminat untuk bersatu kembali (rujuk).
10- Suami kena lebih mesra dengan keluarga mentua kerana sekiranya rumahtangga menghadapi masalah, ibu bapa mentua boleh membantu dari segi nasihat.
11- Suami jangan tumpu perhatian yang berlebihan kepada dunia luar berbanding keluarga sendiri.
12- Isteri jangan lebih banyak masa menyibukkan diri dengan dunia luar,seperti aktif dengan kegiatan persatuan, berpolitik atau terbabit dengan jualan langsung.
13- Sentiasa berlembut dari segi percakapan, layanan kepada pasangan dan pergaulan sesama ahli keluarga.
14- Isteri perlu berhias lebih kepada suaminya berbanding apabila keluar rumah.
15- Menjawab setiap pertanyaan suami dengan lembut.
16- Pasangan tua, terutama isteri jangan terlalu rapat dengan cucu, tidur dengan cucu dan tinggalkan suami tidur sendirian.
17- Sekiranya ada masalah, bawalah berbincang. Jangan bertengkar dan masing-masing menegakkan pendapat sendiri.
18- Fahami dan hayati sifat pasangan dan anak-anak. Suami disifatkan seperti matahari sentiasa panas, isteri bulan; cantik, lembut dan indah dipandang, manakala anak-anak pula umpama bintang iaitu sifatnya sebagai penghiburdalam rumah tangga.
19- Suami isteri perlu mengekalkan sifat romantis dan sentiasa berhati muda walaupun masing-masing sudah berusia.
20- Anak-anak jangan dipaksa mengikut telunjuk dan kehendak ibu bapa tetapi beri mereka pilihan yang sesuai tetapi sentiasa awasi mereka.
21- Ketua rumah tangga yang bijak sentiasa ada perancangan jangka panjang untuk ahli keluarganya. Sama ada dari segi kewangan, pelajaran dan tempat percutian.
22- Keluarga Islam, pastikan sekurang-kurangnya dua waktu sembahyang berjemaah bersama-sama ahli keluarga - merapatkan hubungan dan kemesraan.
23- Jangan beri ahli keluarga makanan yang tidak halal atau diragui kehalalannya kerana bermula dari makanan membentuk air mani dan melahirkan generasi seterusnya.”
:: Mak yang rindukan Menantu ::
Note : Aku tahu sejak berjauhan nie....myMan selalu baca blog aku...
Tuesday, December 8, 2009
:: Mata Kamu Cantek ::
""Dari kerana mata… Yang mempunyai kuasa… Oh… Aku tergoda. Aku tergoda terkecewa. Dari kerana mata…""Haaaa... tip untuk mata cantik... pakai la eye liner....

Asalnyer... Nak beli satu je... sebab eyeliner aku dah kontot sgt... tiba22 AVON ada offer... beli 2 +1... apalagi... rembat je dua... dapat percuma 1... boleh smpan stok 3-4 bulan.... bukan nak rosak pun... Lain la kalau koo gigit hari-hari...heehehehe

Inilah hasil nyer.... berbaloi-baloi....
:: Gadis berkaca Mata ::
Tarasa vouge je pakai sunglass hitam nie.... :: Penutup je yang sempat ::




Penutup.... bunga api... yg telah di tembak oleh.... Angakatan Tentera Laut diRaja Malaysia..


Aku nak juga tayang muka... wlpn gambar hempehhhhh......
:: Rindu Bangat nie ::

Note : I miss " your kiss ".
Monday, December 7, 2009
:: Panggilan Pulau ::

Sebelum pegi Kuala Kedah... singgah office TM kat Alor Setar nak hantar borang permohonan kuartes... cantik jugak alor setar nie...

Naik Ferry dari Kuala Kedah ke Pulau Langkawi...
Pemandangan dari jeti Kuala Kedah
Dah sampai Pulau Langkawi...
Cantik kan Langkawi.... nampak warna air laut tu... itu baru kat Jeti...
Pemandangan di sekitar pulau-pulau yg mengelilingi Pulau Langkawi....
Ok... sekarang nak cerita ttg budjet plak... kepada sesiapa yg nak buat destinasi budjet utk ke Pulau Langkawi... RM 300 tu mmg tk cukup... so pandai222 korang la....
Yang aku nak cerita... dari Penang ke Langkawi....
Naik kereta... turun tol Alor Setar utara RM 11.40 (2 way RM22.80)... Tambang Ferry dari Kuala Kedah ke Langkawi RM 23.00 (dewasa)... parking kereta kat Kuala Kedah... RM 10.00 sehari utk hari biasa... public holiday RM15.00..( 2 hari je pegi caj yg aku kena RM20..)... Minyak kereta mengikut kenderaan sendiri.... kereta aku pegi balik RM50.00 minyak pun tak habis... ada balance minyak utk aku pegi keje 2-3 hr lagi...
Kalau naik ferry dari Penang terus pegi Langkawi pun boleh.... RM60 tambang ferry Penang - Langkawi...
Kalau korang nak pegi Langkawi... elak kan dari pegi Public Holiday... harga barang, kereta sewa, teksi, penginapan... bleh jadi double or maybe triple... sabtu & ahad is consider weekend... harga still ok lg la... tak kisah la kalau korang kaya-raya.... money is small metter for you....
Note: Banyak tempat222 menarik yang aku nak story,,, tapi kena tunggu aku round the island dulu... adios....
Friday, December 4, 2009
:: Beautiful Beautifuler Beatifulest ::


Yesss... you are more Beautiful...

You are Most Beautiful when you wear the kebaya....
:: Dengan tak semena-mena ::
Dengan tak semena-mena aku bleh pegi tegok:~
LANGKAWI INTERNATIONAL MARITIME & AEROSPACE EXHIBITION
LANGKAWI, MALAYSIA 1 - 5 DECEMBER 2009
Tapi aku tk la ralat sangat kalau tak dapat tengok pun.... actualy kami pun tak de niat pun nak pg tengok LIMA 2009... sebab aku tahu... kemungkinan besar aku bleh tengok 3-5 kali LIMA LANGKAWI.... hehehehe... sebabnyer status kerakyatan kami sebagai penduduk Langkawi tak tahu entah brp tahun perlu stay kat sana.... kalau ada anak... maybe anak pun dah dekat nk msk school... baru bleh minta transfer kot...
Wlpn dulu aku blajar kat Langkawi... tapi zaman tu tk de LIMA LANGKAWI lg kot... or aku yg tahap blerrr222... apa itu LIMA LANGKAWI????
Note : Apa-apa pun misi utama kami ialah untuk mencari rumah sewa utk myMan... Ya Allah permudahkan lah segala urusan kami...
:: Friendster Vs Facebook ::


