Monday, October 5, 2009

:: Sejadah Berdiri ::

Betul ke???... mcm22 kejadian pelik... lately nie.. gempa bumi kat indonesia.. tsunami pulau Somo... taufan kat filiphina & india...
Risau aku... terasa mcm dunia akhir zaman dah.... dan paling merisaukan... tanda dunia hampir kiamat ialah... apabila 10 Zulhijjah (Hari Raya Qurban) jatuh pd hari jumaat... itu di negara kita... tp di arab saudi 10 Zulhijjah jatuh pd hr khamis... kata mak aku.. kalau negara Arab, 10 Zulhijjah jatuh pd hr Jumaat... kerajaan Arab Saudi perlu memerdekakan hamba... maksudnyer... semua tahanan perang, pesalah jenayah kena bebas... susah juga ye... kalau Malaysia mcm tu... Wuallah huaqlam...
Kejadian pelik yg terjadi mcm sejadah berdiri nie... berlaku... tk jauh dr kwsn perumahan aku... Taman Haji Mohd Amin... dekat ngan rmh kwn mak aku...(Makcik Salmah)... aku tk pg tgk lg pun keadaan nyer... mesti ramai giler... tp mmg heboh la cerita nie kat sini... mungkin ada hikmah kejadian nie...
kejadian nie berlaku... ms sepasang suami isteri nie.. tgh confius nk tentukan arah kiblat kt rmh diaorg... (br pindah kot).. tetiba... siisteri tgk keadaan sejadah (hantrn perkahwinan) berdiri... Itu mungkin petanda arah kiblat yg sebenar...

MOHAMAD Shuhaimi Md Ilias, 26, (kanan) menceritakan kepada orang ramai mengenai kejadian sejadah berdiri secara sendiri di kediamannya di Taman Haji Mohd Amin, Permatang Pauh, Pulau Pinang, semalam. - Foto Rosli Ahmad
BUKIT MERTAJAM: Sepasang suami isteri yang berselisih faham mengenai arah kiblat di rumah mereka di Taman Haji Mohd Amin, Permatang Pauh di sini terkejut apabila sejadah yang terdapat dalam salah sebuah bilik di kediaman mereka tiba-tiba "berdiri" dengan sendiri malam tadi. Pasangan Mohamad Shuhaimi Md Ilias dan Zainab Ramli, masing-masing berusia 26 tahun, menyedari kejadian ganjil berkenaan kira-kira jam 9.30 malam dan masih lagi dalam keadaan demikian setakat 1.30 tengah hari. Mohamad Shuhaimi yang bekerja di sebuah syarikat telekomunikasi di sini berkata sejadah berkenaan adalah hantaran perkahwinan mereka dan ia digunakan sejak tiga tahun lalu.

No comments:

Post a Comment